Ayda Jebat – Adik Saya Enggan Beri Komen

Banyak Hati Yang Harus Dijaga

Ayda Jebat – Adik Saya Enggan Beri Komen

Ayda Jebat – Adik Saya Enggan Beri Komen

Pada Isnin, media melaporkan penyanyi Fyna Jebat dipercayai bergaduh dengan isteri pertama kepada bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran di Shah Alam disebabkan perselisihan faham.

Mahu jaga hati

Ayda Jebat – Adik Saya Enggan Beri Komen



Kakak kepada Fyna iaitu penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 31, memohon maaf kerana tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang kecoh diperkatakan.

Saya mohon maaf, adik saya enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus dijaga. Atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas.

Hormati situasi adik

Ayda Jebat – Adik Saya Enggan Beri Komen

Tambah pemilik nama Nur Shuhada Jebat, dia menghargai keprihatinan orang ramai namun memohon agar memahami situasi yang sedang dialami Fyna.



Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Nakal Nakal Nakal berharap agar dititipkan doa supaya perjalanan mereka di program realiti, Famili Duo dipermudahkan.

Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan Fyna dalam sebuah rancangan realiti televisyen.



Katanya lagi, isteri pertama mendakwa Fyna telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

Dalam perkembangan Famili Duo, Ayda dan Fyna kini mengungguli carta keseluruhan dengan kutipan markah sebanyak 363.3 mata.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.



 

Ayda Jebat – Adik Saya Enggan Beri Komen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button