Kimmich penyelamat Bayern



Munich: Jaringan penyamaan Joshua Kimmich minit ke-90 membolehkan Bayern Munich seri 1-1 dengan Cologne awal pagi tadi sekali gus kekal dengan kelebihan empat mata di puncak.

Juara Jerman itu yang memburu gelaran liga ke-11 menguasai perlawanan tetapi kurang efektik berbanding lawan yang hampir mendapat tiga mata hasil voli Ellyes Skhiri pada minit ke-4.

Tetapi Kimmich meledak rembatan jarak jauh bagi melonjakkan pendahulu Bayern yang seri dua aksi liga terakhir kepada 36 mata.

“Kami perlu ubah beberapa aspek selepas babak kedua namun tidak mencukupi. Dua mata daripada dua aksi terakhir sangat sedikit,” kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.



Skuad Bavaria turut seri 1-1 dengan RB Leipzig minggu lalu.

“Kami mempunyai beberapa peluang yang sepatutnya menghasilkan gol. Cologne bertahan dengan ramai pemain pada 25 minit terakhir,” kata Nagelsmann.

“Memang bagus dapat 15 percubaan ke arah gol tetapi kami hanya gembira jika dapat menjaringkan lebih daripada satu gol.”

Leipzig yang membelasah Schalke 04 6-1 di tempat kedua dengan 32 mata manakala Eintracht Frankfurt yang akan menentang Freiburg awal pagi esok di tempat ketiga dengan 30 mata.



Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker