Cita Citata batal kahwin saat akhir, pejabat agama tak ubah tarikh di buku nikah
Cita Citata batal kahwin saat akhir, pejabat agama tak ubah tarikh di buku nikah

PENYANYI Cita Citata yang dikhabarkan bakal bernikah dengan kekasihnya iaitu Didi Mahardika pada Khamis terpaksa membatalkan hasrat tersebut susulan perlu menyelesaikan urusan lain.
Perkara tersebut dikongsi oleh wakil Ketua Pejabat Urusan Agama daerah Cilandak, Indonesia, Bunyamin yang memaklumkan Cita dan pasangannya tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Memetik laporan Suara, Bunyamin sebelum itu mengesahkan Cita sepatutnya bernikah sekitar pukul 10 pagi pada 15 September namun diberitahu penyanyi itu tidak dapat hadir ke pejabat agama.
ARTIKEL BERKAITAN: Lama pendam hasrat, Cita Citata tampil bertudung… tolak tawaran nyanyi lagu dangdut
“Cita Citata tidak dapat datang. Ada urusan di Bandung yang tidak boleh dielakkan.
“Kalau sudah ada waktu pelaksanaannya, Cita dan Mahardika akan mengundang rakan-rakan,” jelasnya.
Sementara itu, Bunyamin turut menambah buku pernikahan penyanyi lagu Goyang Dumang itu telah disiapkan dan pihak mereka tidak akan mengubah tarikh yang tercatat meskipun pasangan berkenaan belum bernikah.
“Jika diubah tarikhnya akan menjadi lebih susah kerana melibatkan banyak pihak. Jadi tarikhnya akan tercatat hari ini (15 September),” jelasnya.
Cita Citata batal kahwin saat akhir, pejabat agama tak ubah tarikh di buku nikah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM kekalkan semua Menteri Umno dalam Kabinet baru?
- Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO
- Mengapa UMNO Terlalu Sukar Untuk Di Kuburkan Oleh Musuh Politik?
- Tengku Zafrul Dakwa Ekonomi Malaysia Dalam Keadaan ‘Terbaik’
- Andai masih lengahkan PRU, BN akan jadi serangan habis-habisan pembangkang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :