Lelaki terperangkap tiga hari di pulau berbatu diselamatkan polis
Lelaki terperangkap tiga hari di pulau berbatu diselamatkan polis

KOTA MARUDU: Polis menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap tiga hari di atas batu di Pulau Batu Laya-Laya, perairan laut Kampung Teringai Laut, di sini, akibat dihanyutkan banjir, hari ini.
Mangsa, Jaikon Majumban, 52, berasal dari Kampung Jambutan Laya-Laya, Kota Marudu ditemui orang awam sebelum menghubungi Balai Polis Kota Marudu untuk bantuan menyelamat, jam 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak, berkata bertindak atas maklumat itu, operasi menyelamat diatur menggunakan sebuah bot penduduk kerana bot penyelamat tidak dapat merapat ke pulau berkenaan.
Katanya, selepas mengharungi ombak agak kuat, mangsa akhirnya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.30 petang.
“Mangsa kemudian diberi makanan dan minuman sebelum dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zairolnizal berkata, berdasarkan keterangan mangsa, jam 6.45 pagi, pada 25 Januari lalu, mangsa keluar dari rumah untuk membersih dan membuang air dalam perahu miliknya yang ditambat di tepi sungai Kampung Jambutan Laya-Laya.
“Tiba-tiba berlaku banjir dan arus kuat telah menghanyutkan mangsa serta perahu kira-kira dua kilometer sehingga ke perairan laut, Kampung Teringai Laut.
“Mangsa kemudian terjun ke laut dan berenang ke Pulau Batu Laya-Laya untuk berlindung. Mangsa berada di pulau itu selama tiga hari dua malam,” katanya.
Katanya, jarak Pulau Batu Laya-Laya dengan daratan Kampung Teringai Laut adalah kira-kira 700 meter.
Lelaki terperangkap tiga hari di pulau berbatu diselamatkan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
- Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.
- Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.
- ‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?