8 pegawai, anggota ESSCOM ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tawau

8 pegawai, anggota ESSCOM ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tawau

8 pegawai, anggota ESSCOM ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tawau
Foto hiasan

KOTA KINABALU: Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

“Semua tangkapan ditahan dan direman berkuatkuasa selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.



“Polis tidak akan membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Idris berkata, masih terlalu awal untuk sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

“Pihak media juga dipohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan mengenai isu keselamatan kerana kes ini lebih bersifat peribadi.

“Setakat ini, kes masih di peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat selepas siasatan dilengkapkan,” katanya.



Terdahulu, pada 16 Januari lalu, mayat seorang lelaki ditemui dalam kawasan semak di Tawau, dipercayai mangsa bunuh.

Turut ditemui bersebelahan dengan mayat mangsa, kereta Perodua Myvi putih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas



8 pegawai, anggota ESSCOM ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tawau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading