PSG terus cicir mata

PARIS: Penyerang pinjaman dari Arsenal, Folarin Balogun meledak gol penyamaan menakjubkan pada minit ke-96 ketika Reims bertahan menentang pendahulu Ligue 1, Paris Saint-Germain yang bermain 10 orang sebelum seri 1-1 awal pagi tadi.

Jaringan awal babak kedua Neymar tampak sudah cukup buat PSG memungut mata penuh walaupun pemain gantian, Marco Verratti dibuang padang sejurus selepas gol berkenaan.

Namun Reims berjaya mendapatkan keputusan seri dimahukan mereka apabila Balogun meledak pada penghujung aksi.



Keputusan itu menyaksikan kelab yang dilatih jurulatih berusia 30 tahun, Will Still melebaran rentetan 14 perlawanan tanpa kalah dalam liga dan perebutan piala.

Mereka kekal di pertengahan liga namun kini sudah dua kali berdepan kelab Paris itu musim ini dengan kekuatan mereka ditunjukkan menerusi pemain muda yang dahagakan kejayaan menentang pasukan dipenuhi bintang, PSG.

PSG kini mencicirkan mata dalam tiga daripada empat aksi liga pada 2023 tapi masih kekal tiga mata di depan Lens namun ia mendatangkan rasa bimbang menjelang pertemuan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich dua minggu lagi.

“Secara keseluruhan kami tidak boleh berpuas hati dengan cara persembahan kami. Ia bukan persoalan kami berasa bimbang tetapi kami perlu segera mencari kemenangan dan bermain sebagai sebuah pasukan berbanding cara kami ketika ini,” kata jurulatih, Christophe Galtier kepada Amazon Prime.



“Melepaskan gol selepas 95 minit dengan pemain berpengalaman dimiliki kami – ia merosakkan kami dalam aspek mencicirikan mata, namun ia juga sangat mengejutkan.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading