Onana setuju syarat sertai Manchester United

Onana setuju syarat sertai Manchester United

Onana setuju syarat sertai Manchester United
ONANA semakin hampir untuk menyertai United apabila segala urusan dijangka dimuktamadkan minggu ini. – AFP

MILAN – Penjaga gol Inter Milan, Andre Onana dilaporkan sudah pun bersetuju dengan tawaran kontrak selama lima tahun yang diberikan oleh Manchester Uni­ted dan perpindahannya akan dimuktamadkan minggu ini.

Menerusi rundingan tersebut, pemain berusia 27 tahun itu sudah pun mengemukakan syarat peribadinya dan dijangka meraih gaji tahunan sebanyak €6.5 (RM33.2 juta) atau €125,000 (RM640,373) seminggu.

Kehadiran Onana pastinya akan mengisi tempat ditinggalkan oleh David De Gea yang secara rasminya membuat keputusan mencari angin baharu selepas menabur khidmat bersama The Red Devils selama 12 tahun.



Keputusan United tidak me­lanjutkan khidmat De Gea yang berakhir kontraknya Jun lalu dikatakan ekoran pengurus pa­sukan, Erik Ten Hag mahu mendapatkan seorang penjaga gol yang memiliki kemampuan menggunakan kaki seperti yang ada pada Onana.

Musim lalu, Onana merekodkan 19 perlawanan tanpa bolos dalam 41 penampilan dan bekas penjaga gol kebangsaan Cameroon itu juga memiliki kemampuan untuk melakukan pintasan dengan lebih baik.

Ten Hag melabel Onana sebagai penjaga gol sempurna dan menjangkakannya tidak memerlukan masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri kerana kedua-duanya pernah bekerjasama ketika bersama kelab Belanda, Ajax Amsterdam sebelum ini. – AGENSI

Onana setuju syarat sertai Manchester United


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button