Jana RM3K sebulan

Jana RM3K sebulan

Jana RM3K sebulan
MOHD Na’im (dua dari kiri) menerima penerangan mengenai operasi KS Vending.

Petaling Jaya: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan dua projek di bawah Koperasi Santun YaPEIM Berhad iaitu Klinik Santun dan Koperasi Santun Vending (KS Vending) yang dilihat mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, projek KS Vending ini dianggarkan akan memperolehi keuntungan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan dan setakat ini sebanyak 15 unit mesin layan diri itu ditempatkan di Universiti Malaya.

“Saya berharap dapat diperluaskan dalam platform bilik pameran, institusi pengajian awam dan swasta serta beberapa agensi kerajaan yang lain.



“Saya berharap Koperasi Santun ini akan terus dapat berinovasi menggunakan idea-idea terkini untuk memperkenalkan produk-produk baharu yang kemudiannya memberi manfaat kepada ahli-ahli kerana keuntungan kembali kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek itu baru-baru ini.

Klinik Santun yang dilancarkan juga, telah membuka cawangan pertamanya di Jalan Reko, Kajang dan telah mula beroperasi sejak Januari lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu




Kedua-dua projek berkenaan adalah salah satu daripada kejayaan oleh anak-anak asnaf yang pernah menerima bantuan daripada YaPEIM iaitu anak-anak Santun yang merupakan sebahagian daripada peserta program kebajikan yayasan itu.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut meluahkan rasa bangga kerana anak-anak asnaf yang telah disantuni oleh YaPEIM berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan kini mereka pula yang membantu ibu bapa masing-masing.

“Suatu masa dahulu ibu bapa mereka ini menerima zakat, tetapi Alhamdulillah mereka yang dilatih dan diberi ilmu keusahawanan akhirnya dapat bangunkan perniagaan masing-masing keluar daripada kemiskinan dan kemudian ini mereka pula menjadi pembayar zakat,” katanya.

Selain itu, Koperasi Santun juga mempunyai sebuah farmasi, Farmasi Santun yang terletak di Guar Chempedak, Kedah namun berpindah ke Puncak Jalil, Selangor dan telah memulakan operasinya pada Jun lalu.



Jana RM3K sebulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button