Mydin peruntuk RM7 juta laksana prinsip ESG
Mydin peruntuk RM7 juta laksana prinsip ESG
Subang Jaya: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memperuntukkan hampir RM7 juta bagi komitmen pelaksanaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam menjalankan perniagaan serta menerapkan budaya mencintai dan memulihara alam sekitar dalam kalangan warga kerjanya.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya turut melaksanakan inisiatif ESG Mydin Prihatin #forfuture bagi memberi fokus kepada usaha menjaga dan menerapkan budaya melestarikan alam sekitar dalam perniagaan.
Katanya, antara inisiatif yang diaplikasikan dalam perniagaan antaranya Pemasangan Sistem Solar (PV), Sistem Kepintaran Data, Pengurusan Sisa Efektif, Kecekapan Tenaga, Penggunaan Tenaga Boleh Guna, Tong Pakaian Kitar Semula dan Sistem Logistik Pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon.
“Mydin komited untuk mencapai pengurangan sebanyak 15 peratus penggunaan tenaga dan pelepasan karbon serta mengurangkan pembaziran sisa bahan terbuang sebanyak 50 peratus, di samping mengurangkan penggunaan plastik dengan lebih serius menjelang 2030 melalui inisiatif mampan ini.
“Mydin turut menekankan aspek pelaporan dan penyelidikan ESG melalui kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memastikan kolaborasi antara pemain industri serta institusi pendidikan dalam menyokong agenda kelestarian nasional,” katanya di majlis pelancaran Mydin Prihatin #Forfuture di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belum berkuasa pun PAS sudah makan kawan, Tuan Ibrahim elok cermin diri sendiri
- Harisson Hassan calon bakal MB Selangor?
Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu
Hadir merasmikan, Menteri Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sementara itu, Mydin turut bekerjasama dengan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX), syarikat subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk pemasangan sistem solar yang dapat menjana sebanyak 26,464,764 kilowatt-jam (kWj) tenaga bersih setiap tahun melalui panel yang dipasang.
Ameer Ali berkata, penyediaan solusi tenaga solar sebagai sumber alternatif tenaga elektrik oleh TNB ini adalah selari dengan inisiatif Peralihan Tenaga TNB yang berteraskan ESG.
Beliau berkata, Mydin juga akan memperluas inisiatif ini ke 15 cawangan lain menjelang 2025 dan perancangan ini dijangka mengurangkan sejumlah 20,643 jisim karbon dioksida setiap tahun setara dengan penanaman 639,918 pokok setiap tahun.
“Pemasangan panel solar bukan saja untuk penjimatan wang tetapi ia adalah sebahagian usaha kami mengurangkan penggunaan tenaga.
“Untuk usaha ini, kami melabur hampir RM7 juta bagi memasang semua peralatan termasuk muat turun perisian di setiap bangunan kami,” katanya.
Mydin peruntuk RM7 juta laksana prinsip ESG
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Bahagian Bera ‘Berkempen’ Di DUN Senaling
- Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH?
- Di Mekah pun Haji Hadi sanggup menipu , kata Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.