‘Mata di udara’ bantu JPJ kesan 40 kesalahan trafik

‘Mata di udara’ bantu JPJ kesan 40 kesalahan trafik

'Mata di udara' bantu JPJ kesan 40 kesalahan trafik
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah.

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah, berkata antara kesalahan tertinggi dikesan adalah memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melawan arus, memandu melebihi had laju serta gagal patuhi lampu isyarat.

“JPJ Kelantan memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas kerana pihaknya turut mempunyai ‘mata di udara’ bagi mengesan apa jua kesalahan yang dilakukan.



“Antara lokasi utama pemantauan menggunakan dron adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan termasuk jalan utama negeri Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Pasir Puteh-Jerteh, Terengganu,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Misuari berkata dengan penggunaan dron banyak kesalahan oleh pemandu dikesan, sekali gus berjaya mengelak daripada berlakunya kemalangan.

“Sejak hari pertama Op Tahun Baharu Cina, sejumlah 726 notis saman dikeluarkan oleh JPJ Kelantan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya. – BERNAMA

Moscow dakwa tembak jatuh 4 peluru berpandu di selatan Russia



 

‘Mata di udara’ bantu JPJ kesan 40 kesalahan trafik

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button