Ford sedia bergabung dengan Red Bull

London: Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Ford akan mengumumkan kerjasama dengan juara dunia Formula Satu (F1), Red Bull mulai 2026.

Perkara itu dijelaskan ketika pelancaran pasukan Red Bull di New York.

BBC Britain melaporkan Ford akan membiayai sebahagian enjin yang direka dan dibuat oleh Red Bull Powertrains di ibu pejabat Milton Keynes mereka di England.



Pasukan angkat Red Bull, AlphaTauri juga dijangka menggunakan enjin dengan penjenamaan Ford.

“Kami tidak mengulas mengenai spekulasi,” kata jurucakap Ford di ibu pejabat syarikat di Dearborn, Michigan.

F1 akan mempunyai unit kuasa baharu mulai 2026 menggunakan 100% bahan api mampan dan komponen elektrik yang lebih besar.

Red Bull kini menggunakan enjin hibrid turbo V6 yang dibuat oleh bekas rakan kongsi Honda di Jepun dan tahun lalu membatalkan perbincangan dengan Porsche.



Reuters


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading