Shila Amzah Selamat Bergelar Isteri Ubai

Terima Mas Kahwin RM20,000

Shila Amzah Selamat Bergelar Isteri Ubai,

Shila Amzah Selamat Bergelar Isteri Ubai,
Shila Amzah Selamat Bergelar Isteri Ubai,

Penyanyi, Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai Mohd Zulkifli  pada majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tepat jam 10.26 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.

Ketika ditemui media, Shila menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan pernikahan pada hari ini telah dipermudahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar


“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis pernikahan pada pagi ini. Kami mengharapkan agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT.

“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.

“Yang paling penting sekarang adalah kami dapat menjaga Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Sementara itu, Ubai memaklumkan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu


Sementara itu, pasangan ini memilih busana berwarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua.

Dua majlis resepsi bakal diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.

Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran rakan selebriti Farah Fauzana, Zara Zya dan Haziq Hussni.

Terdahulu, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertunang pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.

Shila juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.

Shila Amzah Selamat Bergelar Isteri Ubai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker