Pereka fesyen, Paco Rabanne meninggal dunia

ISTANBUL: Pereka fesyen terkenal Sepanyol, Paco Rabanne meninggal dunia semalam, pada usia 88 tahun, lapor Agensi Anadolu.

Rabanne dilahirkan pada 18 Februari 1934 di bandar Pasajes, Sepanyol, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Perancis.



Berita kematiannya atau nama sebenarnya Francisco Rabaneda Y Cuervo dimaklumkan oleh Puig, syarikat induk jenama Rabanne dalam satu kenyataan.

Pereka fesyen popular itu melakar kejayaan hebat dalam industri fesyen dan minyak wangi, terutamanya di Perancis.

Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Wilayah Basque, pada 1934 dan dibesarkan di Perancis.



BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading