Pitam kerana dikelilingi 50 perempuan

New Delhi: Tidak hairan jika ada orang gementar menduduki peperiksaan, namun lain pula berlaku kepada pelajar lelaki India ini apabila dia pengsan selepas menyedari menjadi calon lelaki tunggal dan selebihnya adalah calon perempuan.

Ibu saudara remaja itu mendedahkan punca pelajar kelas 12, Kolej Sharif Allama Iqbal, Bihar itu pengsan di dewan peperiksaan, baru-baru ini.

Katanya, pelajar itu gementar selepas mendapati hanya dia satu-satunya lelaki dalam kalangan 50 pelajar perempuan yang menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi Kertas Matematik di Brilliant School.



“Dia gugup selepas melihat dewan peperiksaan penuh dengan pelajar perempuan.

“Disebabkan itu, dia mengalami sakit kepala, demam dan pengsan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya kepada kepada media tempatan yang dipetik, portal ANI.

Sementara itu, pengetua pusat peperiksaan memberitahu media, kad kemasukan pelajar itu menyatakan jantinanya sebagai perempuan.



Katanya, kesilapan itu sepatutnya dibetulkan pelajar lelaki itu sebelum menduduki peperiksaan.

“Mungkin inilah sebabnya dia dihantar ke pusat peperiksaan yang hanya ada pelajar perempuan.

Setiap tahun, kesilapan sama sering berlaku di India kerana pelajar serta ibu bapa enggan menyemak butiran maklumat peribadi pada kad kemasukan dewan peperiksaan.

Sebelum peperiksaan penting seperti peperiksaan lembaga, pelajar diminta menyerahkan butiran peribadi.



Selepas pendaftaran terakhir selesai, kad kemasukan dikeluarkan kepada pelajar yang menjadi bukti pendaftaran untuk peperiksaan.

Biasanya, pelajar mempunyai masa mencukupi untuk membuat pembetulan sekiranya ada sebarang kesilapan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button