Resepi Garlic Roll
Resepi Garlic Roll yang gebu, mudah dan sedap(Sesuai untuk breakfast and hi-tea. Makan dgn mushroom soup lagi sedap!)
Bahan-bahan:
- Bahan untuk roti
- 3 cawan tepung gandum ~
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar yeast
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar gula
- 2-3 sudu besar olive oil ~
- Bahan untuk Garlic Spread
- 50 gram butter
- 2 sudu daun ketumbar cincang halus2
- 5 cloves bawang putih di cincang halus2
- -Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini.Siapp.
Cara Penyediaan:
- Cara buat roti:
- Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
- Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
- Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
- Doh akan naik sekali ganda
- Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
- Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
- Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
- elek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
- Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung.
- Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
- Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
- Kita akan mendapat 8 potongan doh
- Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
- tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
- Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
- Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
- Bakar doh dalam oven pada suhu 170 – 180 C selama 30 minit.
Resepi Garlic Roll
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :