Kurang 3 jam diambil untuk menyamun, 3 hari kemudian sudah kena tahan

Kurang 3 jam diambil untuk menyamun, 3 hari kemudian sudah kena tahan

Kurang 3 jam diambil untuk menyamun, 3 hari kemudian sudah kena tahan
Foto hiasan.

SEREMBAN: Kurang tiga jam diambil seorang lelaki untuk memecah masuk dua kedai serbaneka di daerah ini pada Ahad lalu sebelum melarikan wang tunai dianggarkan RM25,000.

Kira-kira tiga hari kemudian, dia yang memiliki 11 rekod jenayah dan masih dalam senarai dikehendaki polis, berjaya ditahan di Rawang, Selangor.

, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pada 13 Ogos lalu, pihaknya menerima dua laporan, masing-masing daripada dua lelaki, iaitu penyelia kedai serbaneka di Senawang dan bandar ini.

“Mereka mendakwa pintu utama premis dipotong dan mendapati peti besi dalam kedai ditebuk dan wang tunai di dalamnya lesap. Anggaran kerugian masing-masing RM17,000 dan RM8,000 dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku dari jam 5 hingga 7.30 pagi hari sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.




Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban berjaya mengesan dan menahan suspek, seorang lelaki berusia 42 tahun di Rawang, Selangor, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Polis juga merampas sebuah Toyota Vios serta pelbagai peralatan pecah rumah disyaki digunakan dalam kejadian berkenaan. Beberapa barang kes hasil pecah kedai turut ditemui dalam milikan suspek.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dua rekod masih dikehendaki polis,” katanya menambah, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.

“Dengan tangkapan suspek ini, kami percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes pecah kedai di kawasan Seremban dan satu kes curi kenderaan di Klang, Selangor,” katanya.



Kurang 3 jam diambil untuk menyamun, 3 hari kemudian sudah kena tahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button