Suspek kejadian tembakan di Pasir Puteh sudah ditahan

Suspek kejadian tembakan di Pasir Puteh sudah ditahan

Suspek kejadian tembakan di Pasir Puteh sudah ditahan
Gambar fail – Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria.

PASIR PUTEH: Suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian tembakan di Kampung Telosan, di sini, awal pagi semalam, sudah ditahan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata individu berusia 45 tahun berjaya ditahan sebaik saja laporan kejadian diterima pihaknya.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik. Suspek kini ditahan di Balai Polis Pasir Puteh untuk siasatan lanjut.



“Pihak polis juga sedang mengesan beberapa suspek yang masih bebas,” katanya tanpa memberi butiran mengenai lokasi dan masa penahanan suspek itu.

Semalam, seorang lelaki berusia 27 tahun cedera di kaki kiri, selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Telosan.

Polis menerima laporan kejadian jam 5.54 pagi ketika mangsa bersama beberapa rakan didatangi sebuah Perodua Alza berwarna putih sebelum seorang suspek dalam kereta itu keluar dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa serta rakannya.

Mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Anis sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut. Setakat ini keadaannya dilaporkan stabil.



Mengulas lanjut, Zaizul berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh memaklumkan mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713,” katanya.

Suspek kejadian tembakan di Pasir Puteh sudah ditahan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading