Dua remaja maut motosikal bertembung kereta

KLUANG: Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas bertembung dengan kereta di Kilometer 52.5, Jalan Batu Pahat – Mersing, Kluang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Iman Noizan, 18, dan Muhammad Hafizul Hanafi, 15.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.



“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kereta jenis Proton Wira.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah bandar Kluang telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Wira secara berdepan.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di kawasan kemalangan manakala pemandu dan dua penumpang Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kedua mangsa yang maut tidak memiliki lesen motosikal dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading