Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah

Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah

Dalam satu ucapan yang disiarkan di dalam akaun Facebook beliau, MB Kedah, Sanusi Md Noor, dengan jelas mempertikaikan kedaulatan negeri Pulau Pinang.

Dalam ucapan tersebut, Sanusi juga mendakwa Pulaun Pinang bukanlah sebuah negeri yang berdaulat kerana sebelum ini pernah dipajak oleh kesultanan Kedah.



Sama ada sedar atau pun tidak, dakwaan yang dibuat oleh Sanusi itu tidak sekadar mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang.

Malah Sanusi juga sebenarnya telah mempertikaikan kuasa SPB YDP Agong yang telah melantik Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Dalam sistem Raja Berpelembagaan Malaysia, 4 buah negeri yang tidak mempunyai raja, YDP Agong akan melantik Yang Di Pertua Negeri setelah berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia.

Baca di sini:



https://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertua_Negeri

Kedudukan Yang Di Pertua Negeri sebagai ketua negeri bagi negeri yang tidak mempunyai raja, adalah diiktiraf di dalam Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara70-Ma.Html



Jadi, dakwaan Sanusi bahawa kedaulatan Pulau Pinang adalah diragui adalah satu kenyataan yang menghasut dan berniat jahat.

Apakah Sanusi mempertikaikan kuasa YDP Agong di dalam melantik Yang Di Pertua Negeri atau sebelum ini dipanggil gabenor?

Janganlah kerana kepentingan politik, rakyat marhaen hendak ditipu dengan cuba memutarbelitkan fakta dan sejarah.

Maka sudah sewajarnya, lapuran dibuat oleh ahli parlimen Jelutong atas kenyataan salah dan berniat jahat itu.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/09/laporan-dibuat-terhadap-sanusi-berkait-dakwaan-p-pinang-dipajak-dari-kedah/

 

Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button