Daiso labur RM1 bilion bangunkan pusat pengedaran

Daiso labur RM1 bilion bangunkan pusat pengedaran

Daiso labur RM1 bilion bangunkan pusat pengedaran

Shah Alam: Kumpulan Daiso Malaysia Sdn Bhd dan Kajima-Suncon yang diwakili Kajima (Malaysia) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama membangunkan Pusat Pengedaran Global (GDC) yang canggih di Pelabuhan Klang.

Pembinaan GDC berkenaan membabitkan pelaburan sebanyak RM1 bilion yang dijadualkan bermula pada Mei 2024 dan dijangka siap pada Mei 2026.



Pengerusinya, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, GDC akan berfungsi sebagai hab pengedaran global bagi melancarkan kemasukan produk Daiso dari negara seperti Jepun dan China, serta pengedaran produk ke 22 negara di seluruh Asia dan Timur Tengah.

Menurutnya, langkah strategik ini akan meningkatkan ketersediaan produk Daiso di rantau ini.

“GDC baharu ini adalah bukti dedikasi teguh kami terhadap kecemerlangan logistik, dan komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dalam komuniti tempatan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kajima-Suncon untuk merealisasikan visi kami,” katanya di majlis menandatangani kerjasama berkenaan di sini hari ini.



Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Daiso Industries Co Ltd, Seiji Yano.

Menurutnya, GDC baharu Daiso direka bentuk sebagai pusat sehenti yang akan meningkatkan kecekapan dan keseluruhan rantaian bekalannya.

“Dengan memusatkan bekalan produk di Malaysia, Daiso menyasarkan untuk mengawal dan mengurus masa penyampaian secara cekap, bagi menjamin penghantaran produk yang menepati masa kepada pelanggan.

“GDC baharu yang menjangkau 130,000 meter persegi akan mengendalikan pelbagai produk, termasuk peralatan dapur, bekalan pembersihan, produk penjagaan peribadi dan alat tulis yang kesemuanya berjumlah kira-kira 35,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU),” katanya.



Katanya, pembangunan GDC akan menerapkan teknologi Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (ASRS), menerusi kerjasama dengan Murata Electronics (Malaysia) Sdn Bhd.

Daiso labur RM1 bilion bangunkan pusat pengedaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading