Wanita ‘tidur’ sambil pandu Tesla

Los Angeles: Seorang wanita dirakamkan tertidur ketika memandu di Lebuhraya 15 berhampiran Temecula, California.

Portal People.com melaporkan keadaan pemandu Tesla yang terlena di tempat duduk pemandu, ketika kenderaannya sedang bergerak itu, dirakamkan pemandu lain.

Vasiliki Dolas dan pasangannya sedang melalui lebuh raya sama, pada Khamis lalu, apabila mereka ternampak seorang pemandu yang kelihatan tertidur di dalam Teslanya.



Dolas, yang merakamkan situasi itu dengan kameranya berkata, dia mengikuti Tesla berkenaan selama 15 minit, sebelum menghubungi polis untuk melaporkan kejadian.

“Seseorang perlu bangunkan Sleeping Beauty itu,” kata Dolas.

Dolas berkata, pemandu itu yang memakai cermin mata hitam, kelihatan tidak responsif walaupun dia berulang kali cuba menarik perhatian wanita terbabit.

“Kami mula membunyikan hon untuk cuba menarik perhatiannya kerana mungkin dia mengalami kecemasan kesihatan atau sesuatu,” katanya.



Pegawai Peronda Lebuhraya California (CPH) Mike Lassig memberitahu KTVU bahawa pegawai tidak mengejar pemandu sesuka hati, jadi tidak jelas sama ada individu terbabit sedang tidur, mabuk atau mengalami kesan perubatan.

CPH tidak segera menjawab permintaan People.com untuk mendapatkan ulasan.

Dalam video Dolas dikongsi oleh Storyful, pemandu Tesla itu boleh dilihat lena di dalam kenderaannya yang meluncur laju di lebuh raya.

Agensi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading