14 bulan, RM62 juta untuk penjenamaan Keluarga Malaysia

14 bulan, RM62 juta untuk penjenamaan Keluarga Malaysia
Pentadbiran Muhyiddin Yassin belanja RM181,752.20 untuk penjenamaan Kerajaan Prihatin, RM62,764,107.25 dibelanjakan pentadbiran Ismail Sabri bagi penjenamaan Keluarga Malaysia dan RM489,216 digunakan pentadbiran Anwar untuk penjenamaan Malaysia Madani.

KUALA LUMPUR: Lebih RM62 juta dibelanjakan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjenamakan kerajaan ketika itu sebagai Keluarga Malaysia.

Ahli Parlimen Bera itu menjadi Perdana Menteri Kesembilan selama 14 bulan, mulai Ogos 2021 hingga November 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, memaklumkan jumlah itu mewakili lebih 98 peratus daripada keseluruhan RM62,764,107.25 dibelanjakan untuk penjenamaan kerajaan di bawah tiga Perdana Menteri sejak Mac 2020 hingga 30 Januari lalu.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam, beliau menjelaskan, sejumlah RM181,752.20 digunakan untuk penjenamaan Kerajaan Prihatin di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala penjenamaan Malaysia Madani di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebanyak RM489,216.

“Pecahan mengikut program adalah Kerajaan Prihatin dengan perbelanjaan RM181,752.20; Keluarga Malaysia, RM62,093,139.05 dan Malaysia Madani, RM489,216. Jumlah perbelanjaan berdasarkan program jelajah jerayawara yang dilaksanakan semasa pentadbiran Perdana Menteri kelapan hingga kini,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan pada 1 Mac 2020, manakala Anwar mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November 2022 dan melancarkan Malaysia Madani pada 19 Januari lalu.

Menurut Armizan, hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanakan semasa pentadbiran Muhyiddin berikutan negara ketika itu dilanda pandemik COVID-19 yang menyaksikan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanakan semasa pentadbiran Perdana Menteri Kelapan memandangkan negara berada dalam tempoh PKP,” katanya.

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



14 bulan, RM62 juta untuk penjenamaan Keluarga Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button