Donut Gebu Dan Lembut

Donut Gebu Dan Lembut
Donut Gebu Dan Lembut

 

Donut yang lembut dan gebu, menggunakan kentang sebagai bahan pelembut semulajadi. Che Nom suka nak kongsi cara-cara penyediaan dengan anda semua sebab donut kentang ni memag favourite Che Nom dan selalu sediakannya untuk keluarga. Lembutnya tahan lama walaupun disimpan, dan boleh difrozenkan.

 

Bahan-bahan:

 



  • 1 biji kentang (anggaran 100g)
  • 2 cawan /250g tepung gandum atau tepung roti
  • 1½ sudu besar gula kastor
  • ½ sudu kecil garam
  • 1½ yis segera
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1½ sudu besar majerin
  • 1 biji telur
  • 80ml air sejuk dari peti ais (masuk sikit demi sedikit)
  • minyak masak
  • gula kastor

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Potong dua kentang dan rebus dengan air sampai empuk. Kemudian toskan biar tersejat air dan sejuk.
  2. Kupas kulit kentang dan lenyek sehingga halus sekata dgn garfu.
  3. Masukan tepung gandum ataupun tepung roti.
  4. Tambah susu tepung, gula putih, garam, yis, dan magerin.
  5. Kacau hancur telur dan tuang masuk dlm adunan.
  6. Masukan air sejuk dari peti ais, tambah sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  7. Masukan kentang lenyek dalam adunan tadi dan uli sampailah doh tak melekat dan elastic.
  8. Sapu sedikit minyak dalam bekas adunan kemudian letak doh dan tutup dengan plastic clingwrap, perap smpailah doh naik dua kali ganda.
  9. Bulatkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian. Satu ketul anggaran 35g hingga 40g dan biar doh naik kembang sikit, dalam anggaran 10-15 minit.
  10. Celup jari dengan tepung dan buat lubang di tengah
  11. Panaskan minyak dan goreng donut sehingga bahagian bawah keperangan.
  12. Angkat dan salut dgn gula.

 

Tip:

 



  • Air sejuk digunakan untuk memperlahankan proses yis mengembang dan dapat hasilkan doh/donut yang lebih flavour/sedap.
  • Letak atas kertas baking yg dipotong kecil, supaya senang nak pindah masa menggoreng nanti.
  • Pastikan bila goreng, bahagian permukaan atas donut tadi mencecah minyak dulu, jadi ada masa untuk bahagian bawah doh yg flat tu mengembang naik sekata.
  • Perlu salut bila donut masih suam-suam panas, kalau tak susah gula nak melekat.

Resepi Donut Gebu

Donut Gebu Dan Lembut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button