Resepi Kuih Nona Manis yg lembut, harum dan menarik rupa bentuknya. Bahagian luar yg hijau rasanya manis, dan dilengkapi bahagian dalam berwarna putih lemak masin rasanya. Kuih ni pernah viral satu ketika dulu ketika dulu. Memang sedap rasanya, tak cukup kalau makan sebiji je.
Ada 3 bahagian dalam penyediaan kuih nona manis. Bahagian A dan B ialah untuk penyediaan lapisan luar atau yang berwarna hijau pandan. Bahagian C pulak ialah penyediaan filling putih di tengahnya
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk A (kisar halus):
- 1 cawan santan
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- semua bahan B (yg dah dimasak)
- Bahan-bahan untuk B (masak):
- 1/2 cawan santan
- 1/2 cawan air pati pandan (dari 5 helai daun pandan)
- 2 1/2 besar tepung jagung
- sedikit pewarna hijau
- 1/2 sudu kecil garam
- Bahan-bahan untuk C (masak):
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sudu besar gula
- 1 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk bahagian hijau (A+B):
- Masak kesemua bahan B di atas api perlahan. Kacau dengan hand whisk sehingga pekat sekata dan sejukkan.
- Kisar halus kesemua bahan A dan bahan B (yang dah disejukkan tadi) di dalam blender.
- Tuang adunan hijau ke dalam botol sos, atau boleh juga disudukan sahaja.
- Cara-cara untuk bahagian C (putih):
- Masukkan santan, tambah gula, tepung gandum, garam. Kacau sampai pekat di atas api perlahan menggunakan hand whisk. Tuang adunan ke dalam botol sos.
- Cara-cara untuk adun kuih nona manis di acuan:
- Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak.
- Picit atau tuang adunan hijau 3/4 penuh ke dalam acuan.
- Kemudian picit adunan putih di tengahnya. Tenggelamkan sikit muncung botol. Picit sehingga menjadi bentuk bulat putih di tengah. Jangan banyak sangat.
- Kukus anggaran 10-13 minit jika acuan besar, jika acuan kecil 8-10 minit.
- Ikat penutup kukusan dgn kain supaya air tak menitik.
- Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan betul-betul kemudian barulah keluarkan dari acuan. Che Nom guna pangkal sudu teh yang nipis untuk keluarkan kuih. Kalau nak guna lidi pun boleh
Tip:
- Untuk bahagian putih, perlu dimasukkan ke dalam botol sos supaya mudah dipicit di tengahnya menjadi bentuk bulat.
- Acuan perlu disapu sedikit minyak supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
- Kalau guna santan kotak, boleh larutkan 2 kotak kecil santan dengan air sehingga menjadi 3 cawan. Kemudian boleh lah bahagikan kepada 3 bahagian santan untuk A,B dan C.