Songket ‘mata hati’ Mok Su

Kuala Terengganu: Walaupun hilang keupayaan melihat namun ‘mata hati’ seorang ibu tunggal, Gayah Awang cukup terang sehingga mampu menenun songket dengan hanya berdasarkan deria sentuhan dan mengingati kaedah tenunan dipelajarinya sejak zaman kanak-kanak.

Bukan senang hendak menghafal susun atur benang dan ‘rentak’ menenun tanpa deria penglihatan, namun Gayah, 54, tetap bertekad untuk meneruskan kemahiran unik yang diwarisi daripada nenek moyangnya itu, sementelah ia juga merupakan punca utama pendapatan keluarga.

Mesra disapa Mok Su, ibu tunggal empat anak kematian suami kira-kira 20 tahun lalu itu memberitahu nikmat melihat dengan jelas dan terang hilang sedikit demi sedikit ketika usianya menginjak remaja akibat penyakit saraf yang merupakan penyakit genetik dalam keluarganya.

“Lima daripada tujuh adik beradik Mok Su ada masalah penglihatan dan Mok Su boleh dikatakan butalah sekarang ni…Kalau duduk tempat cerah, nampaklah bayang-bayang depan Mok Su tapi tak tahu apa.

“Masa menenun ni memang tak nampak, meraba-raba sajalah, tapi anak (perempuan) tolong susunkan benang dan siapkan peralatan menenun. Kemudian Mok Su mula menenun dengan cara kiraan jalur benang dan sentuhan untuk memastikan kain yang ditenun kemas dan cantik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Panjang di sini.

Menurut Mok Su setiap gulungan benang ditandakan dengan ikatan getah bagi membolehkannya membezakan setiap warna benang yang akan digunakan untuk setiap helai kain tenunan.

Kebiasaannya Mok Su menenun ‘songket bunga dalam’ yang menurutnya lebih senang dihasilkan bagi dirinya yang kurang upaya kerana tidak menggunakan banyak warna, corak dan bunga.

“Biasanya, Mok Su tak ambil tempahan terus dari pelanggan sebab dengan keadaan diri ini, cuma boleh siapkan sehelai songket dalam masa seminggu, orang biasa dalam dua hari dah siap. Mok Su pun tak mampu buat banyak, hasil jualan lepaslah untuk belanja dapur.

“Jadi Mok Su buat sikit-sikit, bila dah siap ada barang (stok) barulah panggil orang (pemilik kedai) datang ambil di rumah,” katanya yang mula menenun sejak di bangku sekolah rendah lagi.

METRO

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading