Kuih Lopes Guna Rice Cooker

Kuih Lopes Guna Rice Cooker
Kuih Lopes Guna Rice Cooker

 

Kuih Lopes, kuih traditional melayu yang secara tradisinya disediakan dengan menggunakan daun pisang dan dikukus, tapi kali ni Che Nom guna cara mudah je iaitu gunakan rice cooker.

Idea untuk bentukkan lopes cara yg ke-2 dari Youtube Kak Lina Pg disini https://youtu.be/NSBBTBM1CGw

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk jus pandan:
    • 5-6 helai daun pandan
    • 1 cawan air
  • Bahan-bahan untuk lopes:
    • 2 cawan beras pulut
    • 1 1/2 cawan santan cair
    • air jus pandan (dari atas)
    • Air secukupnya, untuk smpai paras 1 ruas jari (lebih sikit)
    • 1/2 sudu kecil Pewarna hijau
  • Bahan-bahan untuk air gula:
    • 1-2 cawan air
    • 1 ketul gula melaka
    • 2 sudu besar gula perang Thai (optional)
    • 1 sudu besar gula putih
    • 1-2 helai daun pandan
  • Bahan-bahan untuk kelapa parut:
    • 1/2 biji kelapa parut
    • Garam secukup rasa
    • Daun pandan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk lopes:
    1. Gunting kasar daun pandan, bland, tapis dan ambil airnya.
    2. Pulut susu bersihkan.
    3. Masukkan air pati pandan dan pewarna hijau (optional)
    4. Masukkan santan cair (optional) dan tambah sikit air (air lebih sedikit dari masak nasi @ lebih sikit dari satu ruas jari)
    5. *Boleh ganti dengan santan kotak (2-3 sudu) dan air secukupnya.
    6. Masak dalam rice cooker.
  2. Cara-cara untuk air gula:
    1. Masukkan air, gula melaka, gula perang thai (optional) dan gula putih.
    2. Kemudian masukkan daun pandan yang dicarik dan disimpul.
    3. Masak hingga kesemua gula larut dan sedikit pekat.
    4. Tambah sedikit gula thai untuk memberikan warna gula yang lebih gelap.
    5. *Kalau tak ada boleh guna gula melaka dan gula putih.
    6. Bila larut dan sedikit pekat boleh la tapis dan sejukkan.
  3. Cara-cara untuk kelapa parut:
    1. Kelapa parut kukus dan tabur dgn sedikit daun pandan.
    2. Bila dah kukus, keluarkan dan tabur dengan garam secukup rasa untuk rasa lemak
    3. Masukkan pulut tadi dalam acuan (bulat) dan gaulkan dengan kelapa parut.
    4. Atau masukkan dalam bekas tupaware bulat kecil kemudian ambil satu lagi bekas yang sama, tekan rapat dan gaulkan dengan kelapa parut.
    5. Boleh sejukkan dulu sebelum makan, ikut selera anda.

Biskut Coklat Rice Comel



Kuih Lopes Guna Rice Cooker

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading