Nurulhidayah tanding dua jawatan

Nurulhidayah tanding dua jawatan

Nurulhidayah tanding dua jawatan
Nurulhidayah Ahmad Zahid menunjukkan borang percalonan bagi Pemilihan UMNO 2023-2026 pada 13 Februari lalu

KUALA LUMPUR : Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Exco Wanita dan Ketua Wanita Bahagian Bagan Datuk dalam Pemilihan UMNO 2023-2026.

Ini sekali gus menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO.

Katanya, tidak pernah sekali pun keluar daripada mulutnya mengatakan akan merebut jawatan Ketua Puteri yang ditinggalkan penyandang, Datuk Zahida Zarik Khan dalam pemilihan parti kali ini.



“Tidak pernah keluar dari mulut (tanding Ketua Puteri) dan tak minat untuk menyertai sayap itu kerana ketika itu anak-anak masih kecil.

“Sekarang anak sudah besar, sudah boleh lepas sikit-sikit. Ini masa untuk saya fikir memberi semula sumbangan kepada rakyat dan parti,” katanya yang ditemui selepas menyerahkan dokumen pencalonan di Auditorium Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini.

Tambahnya, beliau menyertai UMNO pada usia awal 40-an dan pada peringkat usia tersebut kurang sesuai untuk menyertai Puteri.

“Boleh sahaja jadi (tawar) menjadi Ketua Puteri tetapi saya lagi suka untuk memberi khidmat kepada Wanita.



“Puteri berperanan untuk menarik semula sokongan anak muda tetapi Wanita sudah agak masak, patut jadi ibu dalam parti yang menyediakan ramuan untuk pastikan anak cukup makan dan pakai.

“Saya rasa bertanggungjawab di situ bukan lagi untuk keluar macam orang muda yang lebih banyak tenaga sebaliknya menggunakan kepakaran dalam industri media dan media sosial untuk pembaharuan Wanita dalam parti selain mahu mengekalkan relevan Wanita dalam politik tanah air.-UTUSAN

SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 

Nurulhidayah tanding dua jawatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button