Suami Suka Panggil Pelacur, Bohsia Dekat Isteri

Seorang lelaki difahamkan gemar menghina isteri sendiri dengan menggelarnya sebagai ‘bohsia’ dan juga ‘pelacur’ selain kerap bersangka buruk sehingga menjatuhkan maruah wanita berkenaan.

Luahan sedih seorang wanita itu dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie iaitu Suzana Ghazali di Facebook selepas si isteri mengakui dirinya mengalami tekanan kerana tindakan daripada suaminya.

Difahamkan, suami kepada wanita tersebut tidak teragak-agak untuk memalukan dirinya di hadapan jiran dengan mengatakan bahawa dia merupakan seorang pelacur walaupun berpakaian jubah dan tudung labuh pada ketika itu.



Dia kata, ‘dia ni jangan percaya. Nampak saja pakai jubah dan tudung labuh tapi dia ini pelacur. Siapa nak ‘pakai’ dia, ambillah.

Terkesan dengan bekas isteri

Menurut perunding itu lagi, lelaki berkenaan kerap melepaskan kata-kata makian kepada isterinya sejak sebelum wanita itu hamil sehingga mereka dikurniakan seorang anak yang kini berusia dua tahun.

Isu berkenaan berlaku kerana sikap kurang percaya lelaki tersebut terhadap isterinya selepas dia pernah menangkap bekas isterinya dengan seorang lelaki lain sebelum ini.



Kesannya, isteri baharunya terpaksa ‘menadah telinga’ dicemuh oleh suami sendiri selama mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun sehingga terpaksa mengorbankan kerjaya demi mengelakkan lelaki tersebut cemburu buta.

Sumber: Facebook


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading