China minta AS hentikan tekanan atau berdepan konflik lebih buruk

China minta AS hentikan tekanan atau berdepan konflik lebih buruk

China minta AS hentikan tekanan atau berdepan konflik lebih buruk
Menteri Luar, China, Qin Gang

BEIJING: Menteri Luar, China, Qin Gang memberi amaran bahawa isu melibatkan Taiwan adalah garisan sempadan merah yang tidak boleh dilangkaui oleh Amerika Syarikat (AS).

Bercakap pada sidang akhbar pertamanya sebagai menteri luar semasa sidang Parlimen tahunan di Beijing, Gang menegaskan, penyelesaian isu Taiwan adalah urusan rakyat China dan tidak ada negara lain yang berhak campur tangan.

Beliau mengulangi bahawa China mengekalkan pilihan untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk mencapai penyatuan semula dengan Taiwan.



Gang turut menyalahkan AS kerana meningkatkan ketegangan antara Washington dan Beijing dan berkata jika AS tidak mengubah haluannya, akan wujud konflik dan konfrontasi lebih buruk antara kedua-dua negara.

CHINA BUKAN MUSUH

Jelasnya, persepsi dan pandangan AS terhadap China sering diputar belit, malah AS terlibat dalam penindasan terhadap China dan bukannya persaingan yang adil atau berasaskan peraturan.

β€œNegara itu menganggap China sebagai saingan utama dan cabaran geopolitik yang paling rapat. Langkah salah itu diambil sejak awal menyebabkan matlamat sukar dicapai.

β€œAS banyak bercakap tentang mematuhi peraturan, tetapi bayangkan dua atlet bertanding dalam perlumbaan Olimpik. Jika satu pihak tidak fokus untuk memberikan yang terbaik dan sentiasa cuba mengganggu pihak lain, itu bukan persaingan yang adil tetapi konfrontasi berniat jahat dan kekasaran.



β€œSekiranya AS tidak menekan brek, dan terus memecut ke laluan yang salah, tiada sebarang pagar boleh menghalang. Apabila berlaku konflik dan konfrontasi, siapa yang akan menanggung akibatnya?” tegas Gang.

Hubungan antara dua kuasa besar itu tegang selama bertahun-tahun berhubung isu Taiwan, masalah perdagangan dan konflik Ukraine tetapi keadaan bertambah buruk selepas kontroversi baharu tercetus berhubung isu belon pengintip China yang ditembak jatuh di AS.

TANGAN GHAIB MEMACU KRISIS UKRAINE

Gang turut menyentuh tentang isu di Ukraine dan menyebut bahawa krisis itu seolah-olah didorong oleh tangan ghaib yang mahu konflik berlanjut.

β€œTangan ghaib itu menggunakan krisis Ukraine untuk melaksanakan agenda geopolitik tertentu.

β€œKonflik, sekatan, dan tekanan tidak akan menyelesaikan masalah. Proses rundingan damai harus dimulakan secepat mungkin dan kebimbangan keselamatan yang sah semua pihak harus dihormati,” katanya.

Gang mengulangi pendirian China mengenai perang Ukraine ketika Kesatuan Eropah (EU) mempersoalkan keikhlasan China sebagai orang tengah apabila enggan menamakan Russia sebagai penceroboh dalam konflik itu.

Gang berkata, Beijing tidak menyediakan senjata kepada kedua-dua belah pihak dalam konflik di Ukraine.

β€œChina bukan pihak yang terlibat dalam krisis dan tidak menyediakan senjata kepada mana-mana pihak dalam konflik itu. Jadi atas dasar apakah tuduhan, sekatan dan ancaman terhadap China ini dibuat? Ini sama sekali tidak boleh diterima,” katanya.-REUTERS

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

China minta AS hentikan tekanan atau berdepan konflik lebih buruk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker