CyberSecurity Malaysia siasat akses ‘Super Admin’ MySejahtera

CyberSecurity Malaysia siasat akses ‘Super Admin’ MySejahtera

CyberSecurity Malaysia siasat akses ‘Super Admin’ MySejahtera
FAHMI FADZIL

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengarahkan CyberSecurity Malaysia melakukan siasatan berhubung isu ketirisan data yang didakwa melibatkan akses ‘super-admin’ bagi aplikasi MySejahtera.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengumumkan tindakan selanjutnya selepas CyberSecurity Malaysia melengkapkan laporannya.

“Ini perkara penting dan saya rasa mungkin ramai yang risau,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 baru-baru ini mendedahkan, terdapat 1.12 juta cubaan memecah masuk dalam aplikasi tersebut.

Akibatnya, sebanyak tiga juta maklumat pengguna aplikasi MySejahtera diakses secara mencurigakan daripada akaun ‘Super Admin’.

Laporan itu menyatakan, Minit Mesyuarat Keselamatan MySejahtera Bil 1 Tahun 2022 mengesahkan cubaan serangan siber dilakukan daripada nombor IP yang sama.

Menurut laporan berkenaan, pihak pembekal perkhidmatan bernombor pendaftaran 700674-U bertindak menyahaktif IP terbabit dan tahap keselamatan aplikasi dipertingkat dengan pemasangan ‘Web Application Firewall’ (WAF) dan pemantauan berterusan oleh syarikat berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, Fahmi berkata, pengerusi baharu bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau juga telah menandatangani surat pelantikan tersebut dan sedang menunggu ia diproses.

“Untuk Finas, kita harap mungkin dalam masa terdekat dalam seminggu ni kerana penting bagi Finas perlu dilantik seorang pengerusi bagi jawatankuasa wajib tayang. Ini satu aspek yang penting dan insya-Allah akan dipercepatkan,” katanya.

Pengerusi Finas sebelum ini, Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatannya lebih awal susulan pertukaran kerajaan.

Pada 11 Disember tahun lalu, Senator berkenaan mengesahkan penamatan khidmatnya sebagai peneraju agensi perfileman negara itu.

Zurainah memaklumkan tempoh perkhidmatannya dipendekkan oleh Fahmi selaku menteri daripada tarikh yang sepatutnya pada 9 Jun 2024. – UTUSAN

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

CyberSecurity Malaysia siasat akses ‘Super Admin’ MySejahtera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker