Selepas Gunakan Isu Banjir, DAP Gunakan Pula Isu Perkauman Untuk Elak PRU 15

Selepas Gunakan Isu Banjir, DAP Gunakan Pula Isu Perkauman Untuk Elak PRU 15

Selepas Gunakan Isu Banjir, DAP Gunakan Pula Isu Perkauman Untuk Elak PRU 15

Cubaan Pakatan Harapan untuk memanipulasi isu banjir untuk memanjangkan hayat parlimen penggal ke 14 ternyata gagal.

Pada hemat penulis, cytro Barisan Nasional terutamanya dari UMNO, berjaya memberikan penjelasan yang baik kepada rakyat.

Buktinya pungutan suara rakyat yang digerakkan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk membuktikan bahawa rakyat menolak diadakan PRU 15 tahun ini gagal.



Selepas hampir 3 minggu pungutan suara diadakan, ia hanya mampu mendapat lebih kurang 10,000 dari 34 juta rakyat yang bersetuju dengan pungutan suara itu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1006417/lebih-10000-petisyen-ditandatangani-bantah-pru-15-diadakan-ketika

Dalam artikata lain, hanya 0.029% rakyat sahaja yang bersetuju supaya PRU 15 tidak dilakukan pada tahun ini.



Menyedari kegagalan pungutan suara yang digerakkan oleh Rafizi, Pakatan Harapan terpaksa mencari alasan lain yang boleh digunakan untuk menghasut rakyat.

Mungkin kerana sudah kehabisan idea atau ketiadaan isu, maka DAP memainkan pula isu perkauman untuk menghasut rakyat supaya menolak cadangan PRU 15 diadakan pada tahun ini.

Tidak Perlu Gunakan Isu Perkauman Untuk Menghasut Rakyat

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, beliau mendakwa PRU 15 tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat kerana perayaan Deepavali sudah hampir.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/tidak-sesuai-pru15-bulan-ini-kerana-deepavali-tak-lama-lagi-dap-383788

Penulis tidak pasti sama ada Anthony Loke tahu atau tidak bila tarikh Deepavali.

Untuk makluman Anthony Loke, Deepavali akan disambut oleh masyarakat India pada 24 Oktober 2022.

Kalau pun parlimen dibubarkan dalam masa yang terdekat, adalah mustahil PRU 15 boleh diadakan pada atau sebelum 24 Oktober 2022.

Mungkin juga Anthony Loke tidak baca kenyataan yang pernah dibuat oleh Timbalan Presiden MIC, M Saravanan sebelum ini.

Saravanan sendiri menyatakan bahawa PRU pernah diadakan waktu perayaan Deepavali.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1003385/perayaan-deepavali-tidak-halang-mic-hadapi-pru-15

Secara logiknya, Saravanan lebih layak bercakap mengenai Deepavali jika dibandingkan dengan Anthony Loke.

Bukankah Saravanan adalah timbalan presiden kepada parti yang berasaskan masyarakat India?

Hakikatnya bukan kerana banjir atau kerana perayaan Deepavali yang Pakatan harapan bimbangkan.

Tetapi sekarang ini mereka sedang mengalami defisit sokongan rakyat yang sangat kritikal.

 

Selepas Gunakan Isu Banjir, DAP Gunakan Pula Isu Perkauman Untuk Elak PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker