Kira-kira 29 maut, 85 cedera kereta api bertembung di Greece

Kira-kira 29 maut, 85 cedera kereta api bertembung di Greece

Kira-kira 29 maut, 85 cedera kereta api bertembung di Greece
BEBERAPA gerabak yang terbalik selepas bertembung di di Tempi, berhampiran bandar Larissa, tengah Greece, semalam. -AGENSI

ATHENS: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan lebih 85 cedera apabila kereta api penumpang yang membawa lebih 350 orang bertembung dengan sebuah kereta api barang semalam di Tempi, berhampiran bandar Larissa, tengah Greece.

Perkhidmatan Bomba Greece berkata, usaha pemulihan sedang dijalankan dan angka kematian dijangka meningkat.

Sehingga kini, pasukan penyelamat dilaporkan menggeledah gerabak demi gerabak untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat.



Kereta api itu dikatakan bergerak dari ibu kota Athens ke Thessaloniki, bandar kedua terbesar di Greece yang terkenal dengan perayaan dan budaya yang meriah.

Dalam taklimat televisyen, jurucakap Perkhidmatan Bomba Greek, Vassilis Varthakogiannis berkata, kereta api penumpang itu membawa 350 orang dan 194 daripadanya sudah dibawa dengan selamat ke Thessaloniki.

“Sekurang-kurangnya 150 anggota bomba dengan 17 kenderaan dan 40 ambulans terlibat dalam operasi menyelamat,” tambah Varthakogiannis.

 



Menurut saksi ketika ditemu bual penyiar awam Greek ERT, dia mendengar bunyi dentuman kuat dan gerabak kereta api berputar.

“Kami baru mendengar bunyi dentuman… kereta api itu mula berputar, sebelum berakhir ke tepi dan kami berjaya keluar.”

“Ia adalah 10 saat ngeri dengan kebakaran, anda tidak dapat melihat banyak daripada asap,” katanya.

Syarikat kereta api Greece, Hellenic Train dalam kenyataan akhbar berkata, terdapat perlanggaran langsung antara dua kereta api iaitu kereta api barang dan kereta api IC 62 yang berlepas dari Athens ke Thessaloniki.



Pihak berkuasa berkata, pihaknya masih tidak jelas punca perlanggaran itu.

Hellenic Train, syarikat keretapi Yunani utama dikawal sepenuhnya oleh Trenitalia dan syarikat ini mengendalikan pengangkutan penumpang dan barang.

Pengawal pantai Greece lepas tembakan amaran ke arah kapal Turki



Kira-kira 29 maut, 85 cedera kereta api bertembung di Greece


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button