Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
Secara tidak langsung, presiden PAS, Hadi Awang mendedahkan usaha sedang giat dijalankan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Beliau mendedahkan perkara itu semasa ucapan beliau dalam sesi Dialog Ulama Negarawan.
Menurut Hadi, beliau menjangkakan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui oleh perdana menteri, Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.
“Orang tanya bila berlaku ini?”.
“Ini ramalan”.
“Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat”.
“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami”.
“Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/656872
Walau pun Hadi tidak memperincikan apa yang beliau maksudkan, namun angin bertiup kencang mengenai usaha gigih yang sedang dilakukan oleh PN.
Perancangan Serampang Dua Mata PN Untuk Tumbangkan Kerajaan Perpaduan
Dari maklumat yang penulis terima, PN kini sedang menjalankan usaha serampang dua mata untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan hari ini.
Usaha yang pertama adalah untuk menguasai kepimpinan utama UMNO dengan memenangi seberapa banyak mungkin jawatan utama dalam UMNO.
Dari jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan juga ahli MKT UMNO ingin mereka kuasai dengan boneka PN.
Sekiranya usaha mereka berjaya, sokongan BN secara en-bloc akan diisytiharkan beralih dari Kerajaan Perpaduan kepada PN.
Dalam masa yang sama juga, PN dikatakan sedang berusaha untuk mempengaruhi ahli parlimen dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Sekali lagi PN akan menggunakan ‘scheme of things’ yang pernah mereka gunakan untuk menumbangkan Kerajaan PH dahulu.
Dikhabarkan PN sanggup menawarkan jawatan perdana menteri kepada ahli parlimen GPS, sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan.
Secara perkiraannya, jumlah ahli parlimen PN dan GPS masih tidak cukup untuk PN membentuk kerajaan tanpa ahli parlimen BN.
Sebagai persediaan, PN juga dikhabarkan sudah menguasai ahli parlimen GRS di Sabah.
Sekiranya PN dapat menguasai pemilihan UMNO, maka PN dijangka akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang agak stabil.
Matlamat utama PN adalah untuk menyelamatkan pemimpin PN daripada menjadi kluster mahkamah.
Sebahagiannya sudah pun didakwa dan sebahagian lagi masih berada di dalam senarai menunggu.
Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa
- Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini
- Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best