Gol sendiri kecewakan Madrid

Madrid: Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez kurang berpuas hati dengan prestasi pasukannya walaupun menewaskan Real Madrid 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.

Barca tewas dua aksi terakhir mereka sebelum ini tetapi kental bertahan untuk mengatasi Madrid di Santiago Bernabeu menerusi jaringan sendiri Eder Militao pada babak pertama.

Skuad Xavi hanya mencipta 35% penguasaan bola, catatan terendah mereka sepanjang 685 perlawanan dalam lapan musim terakhir manakala yang terendah sebelum ini adalah 44%.



“Walaupun kurang puas hati, saya tetapi puji kegigihan pemain saya dan cara mereka bertahan,” kata Xavi ketika sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

“Kami meminimakan peluang Madrid di tempat mereka tidak seperti selalu mereka lakukan. Ia keputusan positif yang sudah tentu saya gembira tetapi kami perlu tingkat kawalan bola.

“Perancangan kami ialah menguasai bola dalam tempoh lebih lama dan pertahankannya, tetapi gagal.



“Kebiasaanya, kami lebih baik dalam penguasaan. Kami tidak membuat pilihan bijak hari ini, hilang sabar dengan bola. Kami gagal menang persaingan fizikal dalam kawasan mereka tetapi ada aspek lain yang yang saya gembira.”

Walaupun perlawanan lebih didominasi Madrid, Barca tidak membenarkan lawannya mencipta satu pun percubaan tepat ke sasaran manakala gol kemenangan Barca diperolehi minit ke-26 selepas Militao tertampan bola ke gawang sendiri susulan percubaan Franck Kessi.

Pembantu pengadil pada awalnya menunjukkan isyarat ofsaid tetapi reviu VAR menunjukkan Kessie tidak melakukan kesalahan dan jaringan itu dibenarkan.

Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di Barcelona pada 5 April dan pemenang akan menentang Athletic Bilbao atau Osasuna di final.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button