Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn
Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn
WASHINGTON: Syarikat pengeluar coklat Toblerone memaklumkan tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produknya.
Lapor portal UPI News, Toblerone yang dimiliki oleh syarikat Mondelez menyatakan pembungkusan coklat itu akan dikemas kini selari dengan keputusan firma itu untuk memindahkan beberapa proses pengeluaran luar dari Switzerland.
Ia berikutan Switzerland mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara itu.
“Reka bentuk baharu pembungkusan itu akan menampilkan logo gunung yang dimodenkan dan diperkemaskan sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga produk tersebut,” kata jurucakap Mondelez, Aargauer Zeitung.
Dilaporkan, logo puncak gunung Matterhon mula digunakan pada bungkusan coklat itu pada tahun 1970, menggantikan imej beruang dan helang yang mewakili penghasilan coklat di Bern pada 1908.
Sementara itu, beberapa media melaporkan bungkusan baharu coklat Toblerone akan menampilkan beberapa perubahan memandangkan syarikat itu sudah memindahkan beberapa pengeluaran ke Slovakia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
- Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu
- Sebelum Mahu Surat Kelulusan RoS Di Dedahkan, Ismail Sabri MESTI Dedahkan Dahulu Perjanjian Sulit Beliau Dengan Muhyiddin
“Pembungkusan baharu itu akan merangkumi logo tersendiri yang mendapat inspirasi daripada sejarah Toblerone dan disertakan tandatangan pengasas Toblerone,” jelas laporan portal BBC.
Berdasarkan laporan The Guardian, pada 2017, Switzerland meluluskan peraturan yang melarang penggunaan simbol negara itu pada bungkusan produk makanan dan industri.
Di bawah peraturan tersebut, sekurang-kurangnya 80 peratus bahan mentah produk harus diperoleh dari negara itu sendiri dalam usaha memastikan barang yang dihasilkan boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland.
Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong
Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bekas Ketua Hakim Negara: Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri
- Ismail Sabri ambil alih peranan Anuar Musa pula?
- Pimpinan Anwar lebih baik dari Mahathir .
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong