Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn

Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn

Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn
PENGELUAR Toblerone tidak akan menggunakan imej puncak gunung Matterhorn pada bungkusan produknya. -AGENSI

WASHINGTON: Syarikat pengeluar coklat Toblerone memaklumkan tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produknya.

Lapor portal UPI News, Toblerone yang dimiliki oleh syarikat Mondelez menyatakan pembungkusan coklat itu akan dikemas kini selari dengan keputusan firma itu untuk memindahkan beberapa proses pengeluaran luar dari Switzerland.

Ia berikutan Switzerland mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara itu.



“Reka bentuk baharu pembungkusan itu akan menampilkan logo gunung yang dimodenkan dan diperkemaskan sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga produk tersebut,” kata jurucakap Mondelez, Aargauer Zeitung.

Dilaporkan, logo puncak gunung Matterhon mula digunakan pada bungkusan coklat itu pada tahun 1970, menggantikan imej beruang dan helang yang mewakili penghasilan coklat di Bern pada 1908.

Sementara itu, beberapa media melaporkan bungkusan baharu coklat Toblerone akan menampilkan beberapa perubahan memandangkan syarikat itu sudah memindahkan beberapa pengeluaran ke Slovakia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pembungkusan baharu itu akan merangkumi logo tersendiri yang mendapat inspirasi daripada sejarah Toblerone dan disertakan tandatangan pengasas Toblerone,” jelas laporan portal BBC.



Berdasarkan laporan The Guardian, pada 2017, Switzerland meluluskan peraturan yang melarang penggunaan simbol negara itu pada bungkusan produk makanan dan industri.

Di bawah peraturan tersebut, sekurang-kurangnya 80 peratus bahan mentah produk harus diperoleh dari negara itu sendiri dalam usaha memastikan barang yang dihasilkan boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di  Switzerland.

Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong



Toblerone henti guna imej puncak gunung Matterhorn

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading