Wanita hilang lebih 30 tahun, ditemukan di pusat jagaan
Wanita hilang lebih 30 tahun, ditemukan di pusat jagaan

HARRISBURG: Seorang wanita dari Pennsylvania yang hilang lebih 30 tahun lalu dan dipercayai sudah meninggal dunia oleh keluarganya, ditemukan di sebuah pusat jagaan warga emas di Puerto Rico.
Lapor CNN, perkara itu dimaklumkan oleh keluarga wanita itu dan polis dalam sidang akhbar diadakan baru-baru ini.
Menurut notis orang hilang yang disiarkan oleh Pusat Respons Kecemasan Pennsylvania, Patricia Kopta, 83, kali terakhir dilihat di Pittsburgh pada musim panas 1992.
Suaminya, Bob Kopta membuat aduan mengenai kehilangan Patricia beberapa bulan kemudian pada musim luruh tahun berkenaan.
Jelas notis itu, pada masa itu, Bob turut menyatakan kepada pihak berkuasa bahawa amat mustahil isterinya hilang dalam masa yang singkat.
“Saya pulang ke rumah pada suatu malam dan mendapati isteri saya sudah hilang.
“Tiada siapa tahu keberadaannya,” katanya pada sidang akhbar bersama Polis di Perbandaran Ross.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO
- Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu
- Sebelum Mahu Surat Kelulusan RoS Di Dedahkan, Ismail Sabri MESTI Dedahkan Dahulu Perjanjian Sulit Beliau Dengan Muhyiddin
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis, Brian Kohlhepp berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan wanita yang hilang itu daripada Polis Antarabangsa (Interpol) dan pekerja sosial dari Puerto Rico.
Interpol dan pekerja sosial menghubungi polis pada tahun lalu memaklumkan bahawa Patricia sebenarnya masih hidup dan tinggal di sebuah pusat jagaan warga emas di Puerto Rico.
“Maklumat yang kami terima adalah wanita itu datang ke pusat jagaan pada 1999 apabila ditemukan di tepi jalanan di Puerto Rico.
“Interpol dan pekerja sosial itu memaklumkan Patricia ketika itu ditemukan berkeliaran di jalanan dan sepanjang berada di pusat jagaan itu dia enggan mendedahkan mengenai hal kehidupan peribadinya,” katanya.
Wanita hilang lebih 30 tahun, ditemukan di pusat jagaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bekas Ketua Hakim Negara: Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri
- Ismail Sabri ambil alih peranan Anuar Musa pula?
- Pimpinan Anwar lebih baik dari Mahathir .
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :