Muhyiddin Di Dakwa Dengan 6 Pertuduhan Dan Di Jangka Akan Ada Lagi Pertuduhan Yang Menyusul

Muhyiddin Di Dakwa Dengan 6 Pertuduhan Dan Di Jangka Akan Ada Lagi Pertuduhan Yang Menyusul

Muhyiddin Di Dakwa Dengan 6 Pertuduhan Dan Di Jangka Akan Ada Lagi Pertuduhan Yang Menyusul

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yasin,berhadapan dengan 6 pertuduhan salahguna kuasa dan penggubahan wang haram.

Muhyiddin Di Dakwa Dengan 6 Pertuduhan Dan Di Jangka Akan Ada Lagi Pertuduhan Yang Menyusul



Beliau didakwa dengan 4 pertuduhan salahguna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Jika disabitkan kesalahan, bagi setiap kesalahan, Muhyiddin boleh dikenakan hukuman 20 tahun penjara (maksima) dan denda RM10,000 atau 5 kali suapan.

Lihat di sini:

Hukuman Kesalahan Seksyen 23 Akta SPRM



Selain itu, Muhyiddin juga didakwa dengan 2 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Muhyiddin boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara dan denda 5 kali jumlah hasil aktiviti haram yang dilakukan atau Rm5 juta bagi setiap kesalahan.

Lihat di sini:

Akta 613 (AMLATFPUAA) 2001



Semua 6 pertuduhan yang beliau hadapi sekarang adalah berkaitan skandal Jana Wibawa yang melibatkan dana RM6.3 bilion.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/246205/berita/semasa/beberapa-sst-projek-jana-wibawa-libat-ahli-keluarga-pemimpin-politik

Selain dari 6 pertuduhan yang Muhyiddin hadapi, penulis juga difahamkan masih ada kertas siasatan ke atas Muhyiddin yang kini berada di peringkat akhir siasatan oleh SPRM.



Skandal Jana Wibawa hanya melibatkan dana RM6.3 bilion dan jumlah keseluruhan fokus siasatan SPRM melibatkan dana sebanyak RM92.5 bilion.

Selain itu, ada juga kertas siasatan yang melibatkan penyelewengan dana sebanyak RM30.7 juta, disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Siasatan yang telah lengkapkan oleh pihak PDRM kini berada di Pejabat Peguam Negara.

Lihat di sini:



https://www.rmp.gov.my/news-detail/2023/03/08/kenyataan-media-setiausaha-polis-malaysia?fbclid=IwAR3eLxZ5sFxns6aaNYGB2naUIU6vwwxL2BeY8TWePoPugB_8gB5hYxLQ0CE

 

Muhyiddin Di Dakwa Dengan 6 Pertuduhan Dan Di Jangka Akan Ada Lagi Pertuduhan Yang Menyusul

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button