‘Bermanja’ dengan ular tedung

‘Bermanja’ dengan ular tedung

'Bermanja' dengan ular tedung
TANGKAP layar video lelaki mencurah air ke kepala ular yang tular di laman sosial. FOTO Agensi

New Delhi: Tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki di India ‘bermesra’ dengan dua ular tedung.

Hindustan Times melaporkan, rakaman video itu menunjukkan lelaki berkenaan sedang mencurahkan air ke kepala ular berkenaan dan memandikan haiwan berkenaan.

Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi dengan segelintirnya kagum dan ada juga yang ketakutan.



Perkongsian video di laman Instagram (IG), penyelamat haiwan Sintu itu menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman berkenaan, ular itu dilihat berbaring di kawasan yang kelihatan seperti halaman.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dengan cawan berisi air dan mencurahkan ke atas kepala ular tedung.

Video itu dimuat tiga hari lalu dan meraih lebih 24,000 tontonan sejak dikongsikan dan jumlah tontonan semakin meningkat



Beberapa hari lalu, satu lagi video seorang lelaki tanpa rasa takut menangkap ular tedung dengan tangan membuatkan orang ramai kagum.

Video itu menunjukkan reptilia berkenaan mengangkat kepalanya setinggi pinggang.

Ia juga menunjukkan bagaimana lelaki itu menjinakkan ular dan akhirnya menangkapnya.

‘Bermanja’ dengan ular tedung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button