PAS Lancarkan Ops Tebuk Atap Perak & Pahang

PAS Lancarkan Ops Tebuk Atap Perak & Pahang

PAS Lancarkan Ops Tebuk Atap Perak & Pahang

Selepas kalah di 3 pilihanraya kecil berturut-turut, PAS mencipta angan-angan baharu.

Pengarah Pilhanraya PAS, Sanusi Md Nor, mengumumkan dalam Muktamar PAS ke 69, kini PAS menumpukan perhatian untuk merampas Perak dan Pahang.

“Selain dari empat negeri, PAS mesti merangka di semua negeri bagaimana dapat mengorak langkah ke hadapan untuk sampai ke next level”.



“Untuk (PAS) menguasai sekurang-kurangnya satu lagi negeri sama ada Perak atau Pahang”.

“Kalau Perak tak dapat, kita pergi Pahang”.

“Kalau dapat dua-dua negeri ini lagi baguih”.

“Untuk meningkatkan lagi jumlah kerusi PAS di parlimen dan DUN,” kata Sanusi.



Ogos lalu, politik Perak pernah bergolak apabila Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, mendedahkan ada cubaan tebuk atap oleh PAS.

Saarani juga mendedahkan usaha yang sama sedang dilakukan oleh PAS di Pahang.

Namun usaha itu gagal berikutan kegagalan PAS untuk menawan DUN Pelangai dalam pilihanraya kecil yang diadakan.

Kini PAS dilihat kembali bernafsu untuk sekali lagi mewujudkan ketidakstabilan politik negara di peringkat negeri.



Namun pada pemerhatian penulis, dakwaan Sanusi itu tidak lebih sekadar penglipurlara untuk mengkhayalkan ahli PAS.

Kepimpinan PAS sebenarnya sedang cuba untuk mengalihkan perhatian ahli dari mempersoalkan janji-janji kepimpinan PAS kepada mereka.

Sebelum ini pemimpin PAS berdegar-degar mendakwa bahawa kononnya mereka yakin akan dapat merampas Putrajaya selewat-lewatnya pada bulan Ogos.

Tetapi ianya ternyata tidak menjadi kenyataan.



Walau pun perbezaan majoriti ADUN antara kerajaan negeri dan pembangkang di Perak dan Pahang adalah tipis, namun mustahil untuk PAS menumbangkan kerajaan negeri melalui ‘scheme of things’.

Semua ADUN Barisan Nasional dan Pakatan Harapan terikat dengan surat akujanji yang ditandatangani dengan parti masing-masing.

Apa yang terbukti adalah matlamat PAS bukan untuk memajukan negara dan rakyat, tetapi memenuhi impian untuk mendapatkan kuasa.

Rakyat dan ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pemimpin PAS, negeri mana yang mereka tadbir sudah mencapai status negeri maju?



 

PAS Lancarkan Ops Tebuk Atap Perak & Pahang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button