Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
SPRM kini sedang memburu seorang lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’, yang dikatakan menjadi perancang utama siasatan skandal Jana Wibawa.
‘Datuk Roy’ dikatakan menjadi dalang utama memberikan rasuah sehingga RM400,000 kepada pegawai SPRM untuk mengelakkan skandal tersebut disiasat.
Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.
Dalam perkembangan yang sama, SPRM telah menahan 4 individu termasuk seorang pegawai SPRM dan juga seorang wanita.
Namun begitu, wanita tersebut telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Manakala 3 lagi suspek telah ditahan reman oleh pihak SPRM.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.
Ia dilapurkan sebagai suapan untuk mengelakkan seorang ahli keluarga terdekat Muhyiddin dari ditahan reman oleh SPRM.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, telah mengesahkan penangkapan yang dilakukan itu.
SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai sendiri sekiranya terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” tegas beliau.
Apakah ‘Datuk Roy’ dan pegawai SPRM yang ditahan itu turut terlibat dalam skandal Mafia Korperat yang pernah tular sedikit masa dahulu.
Penulis sedang mengumpulkan maklumat mengenai skandal Mafia Korperat supaya skandal yang besar dan melibatkan beberapa tokoh politik tidak disapu ke bawah karpet.
Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM
- Muhyiddin Di Dakwa Tetapi Hadi Awang Demam Kura Kura