AS,Britain lengkapkan Australia hadapi China di Indo-Pasifik
AS,Britain lengkapkan Australia hadapi China di Indo-Pasifik
SAN DIEGO: Pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Britain mendedahkan butiran rancangan mereka untuk melengkapkan Australia dengan tiga buah kapal selam serangan berkuasa nuklear.
Berucap pada majlis di pangkalan tentera laut AS di San Diego kelmarin diiringi Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, Presiden AS, Joe Biden menggelar perjanjian di bawah perkongsian AUKUS 2021 itu sebagai sebahagian daripada komitmen bersama yang bebas dan terbuka.
Beliau menyifatkan wilayah Indo-Pasifik akan dikawal dengan dua sekutu yang paling kuat dan berkebolehan AS iaitu Britain dan Australia.
BUKAN SENJATA NUKLEAR
Biden juga menegaskan bahawa tiga buah kapal selam itu akan menggunakan kuasa nuklear tetapi bukan bersenjata nuklear.
“Kapal-kapal ini tidak akan mempunyai sebarang jenis senjata nuklear,” katanya.
Beliau menambah, buat pertama kali, tiga armada kapal selam bekerjasama merentasi Atlantik dan Pasifik bagi memastikan lautan di Indo-Pasifik bebas daripada pengaruh China untuk beberapa dekad akan datang.
TIGA KAPAL SELAM
Di bawah perjanjian itu, AS berhasrat untuk menjual kepada Australia tiga kapal selam berkuasa nuklear kelas Virginia AS yang dibina oleh General Dynamics pada awal 2030-an dengan pilihan untuk membeli dua buah lagi kapal jika perlu.
Seorang pegawai pertahanan Australia berkata, projek itu akan menelan belanja sebanyak AS$245 bilion (RM1.1 trilion) menjelang 2055.
Menurut Albanese pula, Britain akan menerima penghantaran kapal selam SSN-AUKUS pertamanya pada akhir 2030-an dan Australia akan menerima yang pertama pada awal 2040-an.
Kapal itu akan dibina oleh BAE Systems dan Rolls-Royce.
Perjanjian itu juga akan menyaksikan kapal selam AS dan Britain itu ditempatkan di Australia Barat untuk membantu melatih kru Australia dan meningkatkan pencegahan pencerobohan.
AS dan Britain akan memulakan penempatan bergilir ini selepas 2027.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023
- Memalukan , apabila Parti Bersatu kekalkan Perasuah dan Kluster mahkamah terus jadi Presiden, memang tidak ada ‘standard’.
- Satu kesalahan jenayah jika Hamzah simpan file tetapi tidak mendakwa.
- Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib
Pegawai AS berkata, perjanjian ini menjadikan empat kapal selam AS dan satu kapal Britain dalam beberapa tahun akan datang.
Fasa pertama rancangan itu sedang dijalankan dengan kapal selam berkuasa nuklear kelas Virginia AS Asheville akan melawat Perth di Australia Barat.
AUKUS akan menjadi kali pertama buat Washington berkongsi teknologi pendorongan nuklear dengan negara lain setelah pernah berbuat demikian dengan Britain pada 1950-an.-AFP
Dialog pamer komitmen AS terhadap Indo-Pasifik
AS,Britain lengkapkan Australia hadapi China di Indo-Pasifik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
- Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :