Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian

Kadang-kadang kerja angkat gas

Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian

Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian
Tia mengutip botol dan plastik demi mencari rezeki untuk keluarganya.

DEMI membantu menyara keluarganya, seorang gadis cantik tidak malu untuk mengutip botol dan plastik untuk dijual.

Tidak seperti pengutip botol biasa yang sering memakai pakaian kotor, gadis ini memakai pakaian bersih sehingga menarik perhatian ramai.

Dikenali sebagai Tia, dia berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia.



Jika tidak bersekolah, Tia menghabiskan masanya untuk mengumpul botol atau plastik, menurut perkongsian @hary_creator di TikTok.

Menerusi satu video tular Tia dilihat mengenakan jaket putih kuning yang sudah kotor dan topi pink.

Dia nampak malu-malu apabila dirinya dirakam. Difahamkan, bapa Tia bekerja sebagai penjaga parkir.

Setiap hari dia akan membawa troli pink untuk diletakkan botol dan juga plastik sebelum dijual.



 

Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian
Tia yang sinonim dengan topi pink meraih perhatian netizen menerusi TikTok.

“Cari duit dan nasi,” katanya saat ditanya alasannya menjadi pengutip botol.

Tia juga adakalanya menjadi tukang angkat gas dengan bayaran 20,000 rupiah (RM5.80) untuk 10 hari.

Menariknya, dia memiliki wajah yang cantik dan dirasakan sesuai menjadi artis atau selebriti.



Senyumannya sangat manis. Justeru tidak hairanlah video Tia viral di TikTok dan setakat ini terdapat kira-kira enam videonya yang dimuat naik di akaun @hary_creator dan semuanya viral.

Rata-rata netizen kagum dengan diri Tia.

“Sekilas mirip Marshanda.

“Mukanya itu manis ya Allah angkat darjat anak ini.



“Semoga ada produser yang mahu angkat adik ini jadi bintang filem.

“Kerja keras. Tak bergantung kepada orang tua seperti anak-anak seumurnya. Padahal bapa dan ibunya masih ada….semoga kau sukses nak….” demikian antara komen netizen.

RUU bertukar parti tak terpakai ke atas Senator



 

Gadis cantik kutip botol terpakai raih perhatian

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button