Bot karam, 3 nelayan selamat

Bot karam, 3 nelayan selamat

Bot karam, 3 nelayan selamat
Maritim Malaysia Labuan berjaya menyelamatkan tiga nelayan selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Tanjung Kubong, Labuan. – Foto Maritim Malaysia

LABUAN: Tiga nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam akibat bocor dan cuaca buruk di perairan Tanjung Kubong, di sini semalam.

Bagaimanapun, semua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun bernasib baik apabila diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan dan nelayan tempatan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Labuan Nudin Jusoh, berkata sejurus Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan, dua aset Maritim Malaysia diatur gerakan ke lokasi.



“Dua aset Maritim Malaysia iaitu Kapal Maritim (KM) Lahad Datu dan bot ronda yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera diatur gerak ke lokasi untuk memberi bantuan kecemasan.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Nudin Berkata pihaknya mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

Bot karam, dua selamat dua lagi hilang



Bot karam, 3 nelayan selamat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button