Terengganu terima RM50 juta

Oleh – Syeikh Baran


Terengganu terima RM50 juta
Mohd. Zuki (tiga dari kanan) beramah mesra dengan penduduk pada program Kampung Angkat Madani di Kampung Banggol Cempedak, Kuala Terengganu hari ini.

Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan Terengganu apabila RM50 juta daripada Dana Komuniti MadaniΒ  diperuntukkan bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan sepanjang tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, setakat ini, sebahagian besar peruntukan tersebut iaitu RM38.21 juta telah diluluskan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.

β€œDi Kuala Terengganu sahaja, sebanyak 51 rumah peserta eKasih yang berstatus miskin dan miskin tegar akan dibaik pulih.



β€œSebanyak 23 rumah golongan sama juga akan dibina baharu demi keselesaan mereka,” katanya di Kampung Banggol Cempedak di sini hari ini

Terdahulu beliau melancarkan projek Kampung Angkat Madani di perkampungan tersebut.

Mohd. Zuki berkata, projek-projek menaik taraf infrastruktur asas seperti longkang dan jalan melibatkan peruntukan RM3.675 juta turut sedang giat dilaksanakan di sekitar bandar raya ini.

Tambah beliau, sebanyak 391 projek berimpak tinggi melibatkan RM1.58 bilion telah diperuntukkan untuk Terengganu di bawah pelaksanaan projek Rolling Plan keempat, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).



β€œIni bukan jumlah yang sedikit (sekali gus) membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan keperluan dan pembangunan di semua negeri (termasuk Terengganu) secara rata,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker