Pembiakan plankton wujudkan ‘zon mati’ akuatik
Pembiakan plankton wujudkan ‘zon mati’ akuatik

Chonburi, Thailand: Pembiakan plankton atau ‘plankton bloom’ yang luar biasa padat di luar pantai timur Thailand mewujudkan ‘zon mati’ akuatik, sekali gus mengancam mata pencarian nelayan tempatan yang mengusahakan kerang di kawasan perairan.
Saintis marin berkata beberapa kawasan di Teluk Thailand mempunyai lebih 10 kali ganda jumlah plankton biasa, menjadikan air hijau terang dan membunuh hidupan marin.
“Ini kali pertama saya melihat keadaan begitu teruk. Ia sangat teruk,” kata saintis marin, Tanuspong Pokavanich.
Menurut pakar, pembiakan plankton berlaku satu atau dua kali setahun dan biasanya berlangsung dua hingga tiga hari.
Ia boleh menghasilkan toksin yang membahayakan alam sekitar atau membunuh hidupan marin dengan mengurangkan oksigen di dalam air dan menghalang cahaya matahari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
Pantai Chonburi terkenal dengan ladang kupang dan lebih 80 peratus daripada hampir 300 plot di kawasan itu terjejas, kata Presiden Persatuan Perikanan Chonburi, Satitchat Thimkrajong.
Plot Nelayan Suchat Buwat adalah antara yang terjejas.
Beliau berkata, planton menyebabkannya kerugian lebih 500,000 baht (AS$14,000 atau RM 65,718.86) dengan rakannya juga mengalami kerugian ‘tidak dapat diduga’.
Walaupun punca pembiakan plankton secara melampau masih tidak jelas, saintis percaya pencemaran dan haba yang teruk yang disebabkan oleh perubahan iklim.
“El Nino menyebabkan kemarau dan suhu laut yang lebih tinggi.
“Segala-galanya akan menjadi lebih buruk jika kita tidak menyesuaikan cara kita mengurus sumber, sisa air dan cara kita hidup,” kata Tanuspong.
Awal tahun ini, pembiakan plankton menyebabkan ribuan ikan mati hanyut di sepanjang pantai di wilayah Chumphon selatan Thailand, dengan pakar menyalahkan perubahan iklim kerana merangsang fenomena semula jadi.
Di seluruh dunia, gelombang haba marin menjadi kebimbangan yang semakin meningkat tahun ini, dengan ribuan ikan mati terdampar di pantai di Texas dan pakar memberi amaran mengenai mekar alga di sepanjang pantai British akibat peningkatan suhu laut.
Pembiakan plankton wujudkan ‘zon mati’ akuatik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :