Serah dua kanvas kosong, seniman diarah pulang wang

Serah dua kanvas kosong, seniman diarah pulang wang

Serah dua kanvas kosong, seniman diarah pulang wang
DUA kanvas kosong yang dinamakan sebagai karya seni ‘Take the Money and Run’. FOTO Muzium Seni Moden Kunsten

Copenhagen: Akibat gagal menyiapkan tugasan, seorang artis di Denmark diperintahkan memulangkan hampir 500,000 kroner (kira-kira RM217,472) kepada sebuah muzium, selepas dia memberikan dua kanvas kosong yang dinamakannya sebagai karya seni, Take the Money and Run.

Portal BBC melaporkan, Muzium Seni Moden Kunsten di Aalborg meminjamkan 534,000 kroner (kira-kira RM359, 280) kepada Jens Haaning untuk wang kertas itu diabadikan dalam dua karya seni pada 2021.

Sebaliknya, Haaning, 58, tidak berbuat apa-apa, sebaliknya menyerahkan dua kanvas kosong kepada muzium berkenaan.



“Saya sudah mengambil wang mereka,” katanya.

Mahkamah kini memerintahkan Haaning memulangkan wang tunai itu, tetapi lelaki sudah menggunakan sebahagian daripadanya untuk perbelanjaan.

Pihak muzium menuntut Haaning memulangkan wang kira-kira 534,000 kroner (kira-kira RM232,263) tetapi artis itu enggan berbuat demikian.

Kini, selepas proses undang-undang yang berlarutan, mahkamah Copenhagen, pada Isnin lalu, mengarahkan Haaning untuk memulangkan 492,549 kroner (kira-kira RM214,234) kepada muzium itu.



Angka itu katanya, bersamaan dengan jumlah yang diberikan oleh muzium kepadanya, tidak termasuk yuran artis dan kos pemasangan.

Pengarah Muzium Lasse Andersson berkata, dia pada mulanya ketawa besar selepas melihat dua kanvas kosong yang diserahkan artis itu pada 2021, dan memutuskan untuk mempamerkan karya seni itu.

Selepas penghakiman kes itu, Haaning memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk meneruskan kes itu lagi.

“Ia adalah baik untuk kerja saya, tetapi ia juga meletakkan saya dalam situasi yang tidak terurus di mana saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.



Serah dua kanvas kosong, seniman diarah pulang wang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button