Gunung Merapi meletus lagi

Gunung Merapi meletus lagi

Gunung Merapi meletus lagiJAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia yang merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, meletus lagi semalam dengan terus memuntahkan abu panas dan bahan volkanik lain.

Rakaman video menunjukkan lahar panas mengalir keluar dari kawah dengan abu mencapai 1,300 meter di atas puncak gunung.

Balai Cerap Gunung Berapi Merapi memuat naik rakaman video itu.

Gunung berapi itu masih memuntahkan lahar panas dan abu sehingga hari ini.

“Penduduk dijangka mengalami gangguan akibat abu dari letusan Gunung Merapi.

“Malah, orang ramai juga diminta berwaspada dengan aliran lumpur gunung berapi terutamanya ketika hujan di sekitar Merapi,” jelas agensi itu dalam kenyataan.

Minggu lalu, Gunung Merapi meletus dengan memuntahkan abu sehingga tujuh kilometer (km).

Balai Cerap Gunung Berapi Merapi menganggarkan abu panas itu mencapai 3,000 meter di atas puncak gunung.

Sekurang-kurangnya lapan kampung berhampiran gunung berapi terjejas akibat abu selepas letusan minggu lalu. – AFP

Gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa meletus

Gunung Merapi meletus lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker