Pasangan cipta kenangan manis diijabkabul depan Kaabah [VIDEO]

Ramai teringin nak menikah di Tanah Suci

Pasangan cipta kenangan manis diijabkabul depan Kaabah

Pasangan cipta kenangan manis diijabkabul depan Kaabah
Pasangan ini menjadi tular selepas klip video mereka bernikah depan Kaabah menjadi tular. Foto: TikTok

DIIJABKABULKAN dengan pasangan semestinya merupakan detik terindah dalam hidup seseorang.

Bagi pasangan ini, pernikahan mereka benar-benar bermakna apabila dilangsungkan di hadapan Kaabah.

Difahamkan, pasangan dari Indonesia itu dan keluarga mereka sedang melangsungkan ibadah umrah di kota suci Makkah.



Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik akaun TikTok @alfiyudin, kelihatan pasangan berkenaan duduk di hadapan seorang kadi sambil bertemankan beberapa jemaah lain yang berpakaian serba putih ketika menyaksikan sesi ijab kabul mereka.

@alfiyudin

Alhamdulillah, Sah #umroh #makkah #makkahmadinah🕋 #nikahdimekah

♬ original sound – Alif – Alif



Selepas sah ijab dan kabul, pengantin perempuan dilihat gagal menahan air mata kegembiraan.

Mereka kemudian bertukar cincin selepas menandatangani dokumen perkahwinan dan kemudian mengabadikan gambar bersama keluarga berlatarbelakangkan Kaabah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen sehingga meraih lebih sejuta tontonan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya turut tumpang gembira malah turut berimpian untuk melaksanakan pernikahan mereka di Makkah. – Tribunmedan



Natasha Hudson nikahi teman lama

Pasangan cipta kenangan manis diijabkabul depan Kaabah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button