Wanita Punjab dicerai suami kerana tumbuh misai dan janggut
Wanita Punjab dicerai suami kerana tumbuh misai dan janggut
PUNJAB: Seorang wanita dari Punjab, India dibuang oleh suami selepas mukanya tiba-tiba tumbuh misai dan janggut seperti lelaki.
Lapor Mirror.co.uk, Mandeep Kaur sebelum ini tidak pernah mempunyai rambut atau bulu di muka sebelum berkahwin dengan bekas suaminya pada 2012.
Namun, beberapa tahun perkahwinannya, keadaan tiba-tiba berubah apabila rambut tumbuh di muka dan dagunya.
Perkara itu menyebabkan suaminya ingin bercerai yang menyebabkan Mandeep mengalami kemurungan pada waktu itu.
Bagi menangani kesihatan mentalnya, Mandeep mula menghadiri Gurdwara iaitu tempat ibadat dalam kalangan penganut Sikh.
Sejak itu, dia rasa diberkati dan Mandeep belajar untuk menerima kewujudan rambutnya di muka.
Mandeep bagaimanapun enggan mencukur rambutnya dan menerima penampilan baharunya itu.
Dia kini juga memakai turban dan menganggap penampilan baharu itu sebagai tanda dagangan baharunya.
Mandeep kini memandu motosikal sehingga ramai yang beranggapan dirinya sebagai lelaki sehingga dia bertutur dan mengeluarkan suara wanita.
Mandeep, juga menjalankan pekerjaan pertanian, bekerja bersama abang-abangnya.
Berjanggut Dan Bermisai Tetapi Tetap Wanita Tulen
Wanita Punjab dicerai suami kerana tumbuh misai dan janggut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :